Our Testimonials

Wrist Pain

"Puan Fatimah telah mengalami masalah sakit pergelangan tangan kanan disebabkan deformity dan trigger finger pada jari telunjuk tangan kiri. Kali pertama beliau hadir ke pusat rawatan YapChanKor, kami mendapati kedua-dua belah tangan Puan Fatimah membengkak dan sakit apabila ditekan. Pergerakan tangan kanan dan jari telunjuk kiri sangat kurang disebabkan bengkak dan rasa sakit. Hal ini juga menyebabkan kekuatan pada kedua-dua belah tangan beliau sangat lemah. Setelah menjalani rawatan selama 14 sesi Puan Fatimah boleh melakukan aktiviti harian di rumah seperti biasa kerana bengkak sudah hilang dan kekuatan otot pada kedua-dua belah tangan semakin meningkat. Tahap kesakitan pula makin berkurang. Terima Puan Fatimah kerana berkongsi pengalaman bersama kami!"
Get In Touch

“Saya mengalami masalah sendi tangan sejak 5 bulan lalu sehingga kedua-dua belah tangan bengkak dan sakit. Melalui anak saya, kami menemui YCK treatment centre di Shah Alam. Kali pertama melangkah ke YCK treatment centre dan dibantu oleh saudara Azlan maka bermulalah rawatan untuk membantu tangan saya daripada bengkak dan sakit. Saudara Azlan telah menjalankan rawatan dari sehari ke sehari sehinggalah tamat rawatan sebanyak 14 kali. Saya mula merasa perubahan pada minggu kedua rewatan di mana tangan mula boleh bergerak dan bengkak telah hilang. Bermulalah kehidupan saya seperti biasa. Terima kasih kepada saudara Azlan serta kakitangan lain yang membantu saya semasa mendapat rawatan disini. Saya akan mengesyorkan kepada rakan-rakan serta saudara jika perlu untuk mendapat rawatan di YCK. Bukan sahaja mendapat rawatan memuaskan kami sekeluarga mendapat menjalin persahabatan dengan saudara Azlan. Terima kasih sekali lagi.” – Fatimah

#sakitpergelangantangan #wristpaintreatment #triggerfingertreatment #yapchankor #yck #physiotherapy #tanganbengkak

[addtoany]