Our Testimonials

Sakit Belakang

"“Saya mengalami sakit belakang hampir 3 tahun akibat jatuh motosikal dan diklasifikasikan kronik tahap 8. Selain itu, faktor sebagai seorang atlet juga menjadi punca kesakitan yang berterusan. Walaubagaimanapun, selepas mendapatkan rawatan di YAPCHANKOR, kesakitan saya semakin berkurangan dan bertambah baik. Sesi terapi yang dilaksanakan sangat profesional dan selesa. (Azlan) banyak membantu dari segi rawatan dan juga sesi latihan. Say akan mengesyorkan pada rakan-rakan lain untuk mendapatkan rawatan disini.” – Azrul"
Get In Touch

Encik Azrul berumur 31 tahun bekerja sebagai esekutif di sebuah syarikat. Pekerjaan beliau banyak menggunakan pergerakan dan berdiri dalam masa yang lama. Selain itu, beliau juga sangat aktif dalam melakukan aktiviti sukan. Sejak kebelakangan ini, beliau mengalami sakit belakang selepas jatuh dari motosikal hampir 3 tahun. Semasa pemerhatian kami mendapati beliau mempunyai sedikit kecederaan pada tulang belakang dan membuatkan otot-otot di kawasan tersebut menjadi ketat atau dipanggil Mechanical Lower Back Pain. Hal ini menyebabkan beliau berasa tidak selesa dan tahap kesakitan beliau adalah 8/10. Beliau telah menjalani sesi rawatan bersama kami selama 21 sesi dan banyak perubahan telah berlaku pada diri beliau. Sekarang tahap kesakitan beliau semakin berkurangan, kekuatan otot semakin meningkat, boleh kembali melakukan aktiviti sukan dan bekerja seperti biasa. Terima kasih Encik Azrul Shaf’i kerana memilih kami sebagai tempat rawatan utama anda.

 

#sakitbelakang #rawatansakitbelakang #rawatansakitkronik #yapchankor #yck #shahalam #fisioterapi #malaysia #selangor #rawatanalternatif

[addtoany]